LATAR BELAKANG

 SMK TUN HUSSEIN ONN

2002
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (SMKTHO) dibina pada 1.1.2002 dengan kos sebanyak RM 12 juta. Bangunan ini terletak di kawasan seluas 5.23 ekar dengan rekabentuk bangunan yang terkini dan menarik.

2003
SMKTHO mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Mulanya sekolah ini diberi nama SMK Seberang Jaya 2 dan kemudiannya ditukar kepada SMK Tun Hussein Onn sempena nama Perdana menteri ke-3, Tun Hussein Onn. Pada peringkat awal, SMKTHO menumpang di SMK Seberang Jaya kerana bangunan sendiri belum siap sepenuhnya. En. Khaliqul Zaman b. Mohamed Sheriff (Pengetua Cemerlang) peneraju utama dan bertindak sebagai Penyelaras, Pn Hjh. Salmah bt. Bakar bertindak sebagai PK Hem, En. Ghazali b. Abu Bakar Sebagai PK Kokurikulum dan dibantu oleh 7 orang tenaga pengajar, SMKTHO mula beroperasi. Bilangan pelajar seramai 128 orang, 65 pelajar lelaki dan 63 pelajar perempuan. Hanya 4 kelas dibuka iaitu 3 kelas tingkatan 1 dan 1 kelas Peralihan. Pada 6 Mei 2003, SMKTHO mula beropersi di bangunan sendiri.

2005
Pelajar sulong sekolah ini telah menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2005 dengan peratus kelulusan sebayak 71%. Manakala keputusan SPM pertama pada tahun 2005 telah mecapai peratus kelulusan sebanyak 93%.Keputusan ini menjadi asas panduan untuk membentuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

2007
CCTV (Sumbangan PIBG) Mula dipasang dalam usaha membendung masalah disiplin.Matapelajaran PMDR diperkenalkan kepada pelajar perempuan Tingkatan 4 & 5.

2008
Program Pendidikan Khas integrasi diwujudkan .Bermula dengan 2 buah kelas.SMKTHO juga Terpilih antara 5 buah sekolah untuk Program e-disiplin.

2010
En.Khaliqul Zaman bertukar ke SMK Guar Perahu dan Legasi kecemerlangan diteruskan oleh En. Zolkepley B. Shahidan.SMKTHO juga dicalonkan untuk anugarah sekolah kluster.

2011
En.Zolkepley B. Shahidan bersara dan kepimpinan diambil alih oleh Tn.Hj.Abu B. Hassan.Dibawah pimpinan Tn.Hj Abu B Hassan SMKTHO Terpilih sebagai antara 10 buah sekolah rintis Program i-Think. Para Guru diberi latihan oleh pihak Kestrel dan 'Drive Team' dibentuk untuk menjayakan program ini.Warga sekolah diperkenalkan dengan 8 peta pemikiran dalam i-think.

2012
SMKTHO berwajah baru dengan kebanyakan bangunan dicat semula. Pokok-pokok bunga raya ditanam selari dengan hasrat pengetua Tn. Hj Abu B. Hassan untuk menjadikan SMKTHO sebuah sekolah dalam taman.SMKTHO juga mempunyai laman web rasmi yang pertama dengan menggunakan domain www.smktho.com.

2013
Tn. Hj Abu B. Hassan bertukar ke PPD Seberang Perai Tengah.Urusan Pentadbiran diteruskan oleh En.Ahmad Ezzat Bin Ismail.SMKTHO bertukar status dari Sekolah Rintis ke Sekolah Showcase untuk program I-Think. SMKTHO juga berjaya mencatat sejarah apabila muncul Johan Kebangsaan dalam Pertandingan PIDM Moneysmart selain daripada itu sekolah juga telah menerima sijil penghargaan kerana peningkatan keputusan PMR pada tahun 2013 untuk subjek Bahasa Cina & Bahasa Tamil.

2014
Peningkatan rangking sekolah (NKRA)-667/2312. Mendapat 4.81 GPS terbaik untuk 5 tahun terkini di dalam peperiksaan SPM 2013. SMKTHO juga terpilih untuk melaksanakan Program TIMMS dan PISA peringkat kebangsaan.SMKTHO juga menghantar penyertaan dalam Program Young Enterprise (YE) peringkat negeri dan berjaya memenangi kategory Best Recycled Product (1st Runner-Up) dan Best Product (1st Runner-Up) dalam pertandingan 2014PGC-YE Achievement Awards.SMKTHO juga tersenarai sebagai 20 pasukan terbaik cabaran sekolah PIDM Money Smart 2014 dan Pn.Nurjismafaizah Bt Jusoh dilantik sebagai Duta Terbaik 2014.











No comments:

Post a Comment